CCT Online Assisted Learning Forum

This is an off site forum for the students of DLHC 3022/BLHC4032 Critical and Creative Thinking, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
HomeRegisterLog in
All lecturers and students who are involved in DLHC 3022 and BLHC 4032 need to register using their actual names for administrative matters
To all students, who did not register with their full names (e.i: 1. Mohd Hisham Ramlee - accepted, 2. Mohd Hisham Bin Ramlee - accepted, 3. Hisham - not accepted), you will have to register again.

Share
 

 7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan

Go down 
AuthorMessage
SITI NURZAFIRAH
Expert
Expert
SITI NURZAFIRAH

Posts : 128
Join date : 2012-02-22

7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Empty
PostSubject: 7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan    7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Icon_minitimeMon Mar 26, 2012 8:24 pm

DALAM hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.


Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


Hari kelahiran

Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita me�nyesalinya.


Bentuk Fizikal

Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah se�adanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.


Masa lalu

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.

Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.


Kedudukan dalam keluarga

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


Suku bangsa

Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.



Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:


Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.

Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.


Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.


Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.

Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.


Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya de�ngan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.

Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.

Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.


Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.

Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.

Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.

_________________
~ you never find yourself until you face the truth ~
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli

Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 28
Location : kedah

7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Empty
PostSubject: Re: 7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan    7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Icon_minitimeMon Apr 02, 2012 9:25 am

Smile
Back to top Go down
NOR NADIAH BTE BONTAK
Newbie
Newbie
NOR NADIAH BTE BONTAK

Posts : 17
Join date : 2012-02-22
Age : 31

7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Empty
PostSubject: Re: 7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan    7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Icon_minitimeFri May 11, 2012 3:23 am

terbaik!!!
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim

Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 31
Location : Kota Bharu, Kelantan

7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Empty
PostSubject: Re: 7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan    7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Icon_minitimeThu May 17, 2012 5:47 am

kita dijadikan sesempurna oleh nya..
so jaga la angota badan kita daripada segala kemungkinan...
badan kita adalah amanah kita...
so kalau kita rosakkan n buat benda yang xsepatutnya..
MAKNANYA kITA TIDAK AMANAH...

thanks

_________________
Hidup Hanya Sekali,
Buat yang Termampu,
Jangan Takut Untuk Gagal.
Back to top Go down
Sponsored content




7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Empty
PostSubject: Re: 7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan    7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan  Icon_minitime

Back to top Go down
 
7 perkara tak boleh ubah dalam kehidupan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CCT Online Assisted Learning Forum :: GENERAL FORUM :: SPIRITUAL BUILDING-
Jump to: