CCT Online Assisted Learning Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CCT Online Assisted Learning Forum

This is an off site forum for the students of DLHC 3022/BLHC4032 Critical and Creative Thinking, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
All lecturers and students who are involved in DLHC 3022 and BLHC 4032 need to register using their actual names for administrative matters
To all students, who did not register with their full names (e.i: 1. Mohd Hisham Ramlee - accepted, 2. Mohd Hisham Bin Ramlee - accepted, 3. Hisham - not accepted), you will have to register again.

 

 Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen Empty
PostSubject: Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen   Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 9:14 am

MODEL konsep terbaharu Toyota iaitu FT-Bh ialah sebuah kereta yang dibina untuk membawa teknologi hibrid ke tahap lebih tinggi. Membuat penampilan pertama di Geneva baru-baru ini, kereta itu cukup ringan iaitu kurang 800 kilogram (kg), sekali gus menjadi sifir tepat untuk meraih penjimatan bahan api.

Menurut Toyota, model itu mampu mencapai perbatuan 2.1 liter bagi setiap 100km (134.5mpg) dengan emisi karbon dioksida (C02) cuma 49g/km. Pencapaian itu disumbangkan oleh berat dan rintangan pemanduan yang rendah, aerodinamik serta sistem enjin yang efisien.

Jika penanda aras dibuat, angka-angka tersebut sama dengan model Toyota Yaris yang memiliki ukuran 3,985 milimeter (mm) panjang, 1,695mm lebar, 1,400mm tinggi dan 2,570mm jarak titik roda. Emisinya pula kira-kira separuh daripada apa yang dikeluarkan oleh enjin 1.0 liter Yaris.

Bagi mencapai sasaran mendapatkan penjimatan bahan api dan pengeluaran emisi terbaik, pasukan pembangunannya menfokuskan kerja mereka kepada lima aspek utama.

Pertamanya adalah mengurangkan berat, rintangan pemanduan seperti aerodinamik dan prestasi tayar, sistem enjin yang efisyen, pengurusan tenaga terma (thermal energy) dan penjimatan elektrik.

Paling penting untuk dikongsi, Toyota sedar bahawa untuk mengurangkan emisi C02 secara besar-besaran di dunia adalah melalui kenderaan yang mampu dimiliki oleh ramai pengguna. Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah kereta hibrid tidak menggunakan peralatan yang eksotik, mahal dan melalui proses pembuatan kompleks. Memadai jika ia menggunakan peralatan yang mudah didapati dalam industri kenderaan.

Konsep Ecomotion

Walaupun FT-Bh bentuknya kelihatan seperti ikan puyu, namun Toyota mendakwa tema rekaannya adalah Ecomotion yang mendemonstrasikan pendekatan baharu dalam reka bentuk badan kereta.

Panel utama seperti bumbung seolah-olah sehelai fabrik yang mengalun bagi melambangkan tubuhnya yang ringan. Bahagian hadapannya pula menyerlahkan gaya rekaan terkini Toyota dengan gril bawah rendah dan besar dengan bonet mengelembung, selain lampu utama yang bersekali dengan fender sisi.

Tiang A dan C yang ultra nipis pula memaksimumkan saiz cermin untuk penglihatan lebih jelas dan rasa kabin yang luas. Bahagian belakang yang senada dengan reka bentuk badan dan tepian berbentuk chevron (lekukan V) pula membantu dalam mencapai prestasi aerodinamik sebaik mungkin. Hasilnya, pekali seretan sebanyak 0.235.

Konsep fabrik yang ditarik atau direnggang diteruskan ke bahagian dalaman yang minimalis. Konsol tengahnya berbentuk cekung (concave) supaya fokus kepada pemandu, di samping mengekalkan keluasan ruang.


Sasaran berat FT-Bh adalah 25 peratus kurang daripada berat badan Yaris 1.0 liter iaitu 1,030kg. Dengan material binaan seperti kombinasi besi regangan tinggi, aluminium dan magnesium, maka berat FT-Bh hanyalah 786kg, satu angka yang rendah dan sangat ringan untuk sebuah kereta keluarga.

Walau bagaimanapun, tugas meringankan berat keseluruhan bukanlah kerja mudah. Ini kerana pakej sistem hibrid yang lebih berat berbanding Yaris (kira-kira 60kg). Justeru, berat kerangka, peralatan dalaman dan elektronik harus dikontrakan kepada kira-kira 340kg iaitu satu per tiga daripada berat Yaris.

Secara teorinya, penjimatan pada bahagian kabin mempunyai kesan berangkai kepada keseluruhan berat kereta. Bebanan pada struktur badan dan suspensi berkurangan, seterusnya membolehkan saiz perkakasan lain dikecilkan.

Berat yang kurang bermakna enjin yang lebih kecil boleh digunakan. Hasilnya boleh dilihat pada penjimatan berat dan kehilangan tenaga terma.

Sistem Hybrid Synergy Drive (HSD) Toyota yang digunakan pada FT-Bh adalah 60kg lebih ringan berbanding sistem yang digunakan pada Prius terkini. Enjin yang digunakan itu bersesaran 1.0 liter petrol kitaran Atkinson dengan dua silinder.

Berat badan yang ringan juga menjadikan FT-Bh lincah dan responsif pada pedal dan brek. Motor elektriknya juga turut menyumbang kepada kelincahan kereta hibrid itu.

Walaupun FT-Bh hanyalah kereta konsep, tetapi jika difikir lebih mendalam, Toyota seolah-olah hendak memberitahu kepada umum bahawa inilah Prius akan datang. Bentuk badannya terang-terang merupakan evolusi Prius.

Suka untuk saya ulang bahawa Toyota sedar objektif kenderaan mesra alam hanya benar-benar dapat dicapai jika majoriti orang mampu memilikinya. Syukurlah mereka bergerak ke arah itu. Semoga hasrat murni Toyota menjadi realiti, demi kebaikan kita bersama Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

[You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
Mohamad Asyraf Bin Zubir
Newbie
Newbie



Posts : 26
Join date : 2012-02-23

Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen Empty
PostSubject: Re: Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen   Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen Icon_minitimeSun May 06, 2012 7:59 am

material ape la mereka guna kan...
Teramat efisyen !
Back to top Go down
 
Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CCT Online Assisted Learning Forum :: GENERAL FORUM :: CREATIVE IDEAS-
Jump to: