CCT Online Assisted Learning Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CCT Online Assisted Learning Forum

This is an off site forum for the students of DLHC 3022/BLHC4032 Critical and Creative Thinking, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
All lecturers and students who are involved in DLHC 3022 and BLHC 4032 need to register using their actual names for administrative matters
To all students, who did not register with their full names (e.i: 1. Mohd Hisham Ramlee - accepted, 2. Mohd Hisham Bin Ramlee - accepted, 3. Hisham - not accepted), you will have to register again.

 

 Seruan untuk menderma darah

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 9:19 am

APABILA sebut sahaja mengenai kempen menderma darah, pasti segelintir daripada kita yang fobia suntikan dan darah selain membayangkan sebatang jarum sebesar penyedut minuman air kotak dicucuk di bahagian lengan.

Itu belum lagi memikirkan tentang darah yang mengalir masuk ke dalam sebuah beg khas.

Bagi mereka yang sudah biasa menderma darah, kebimbangan itu sama sekali tidak wujud. Namun bagi mereka yang kali pertama hendak menderma darah, mungkin niat itu boleh terpadam sebaik sahaja melihat jarum tersebut.

Ada pula yang enggan menderma darah kerana dimomokkan dengan perkara yang amat ditakuti iaitu pertambahan berat badan akibat selera yang makin bertambah.

Walau apapun alasan yang diberikan, setiap kali kempen menderma darah diadakan, masih ramai yang tampil memenuhi tuntutan murni tersebut.

Begitu juga dengan Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh pihak Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL) bulan lalu yang turut mendapat sambutan menggalakkan.

Walaupun kaunter mula dibuka pada pukul 9 pagi, sudah ramai penderma yang bersemangat menunggu lebih awal.

Sebaik sahaja kaunter dibuka untuk pendaftaran, bakal penderma yang terdiri daripada orang awam dan kakitangan HPKL tidak putus-putus mengambil giliran mendermakan ‘sebahagian’ daripada diri mereka yang bakal digunakan untuk menyelamatkan nyawa ramai orang.

Kempen derma darah yang masuk tahun ketiga bagi HPKL itu berjaya mengumpulkan 80 beg darah.

Kelihatan ramai yang hadir dan masing-masing sabar menunggu giliran. Tidak semua yang tampil akan menderma secara automatik kerana beberapa ujian saringan dilakukan bagi memastikan bakal penderma darah betul-betul sihat sebelum menderma.

“Menderma darah banyak faedahnya. Ia secara tidak langsung membolehkan bakal penderma darah melakukan pemeriksaan terhadap kesihatan mereka ketika ujian saringan dilakukan sebelum seseorang itu dibolehkan menderma darah.

“Kesan sampingan akibat menderma darah seperti yang kerap kali didengar seperti pertambahan berat badan tidak berasas sama sekali,” kata Pakar Runding Haematologi dan Heamato Onkologi HPKL, Datuk Dr. Vijaya Sangkar Jaganthan.

Jelasnya, pertambahan berat badan tersebut berlaku kerana sikap penderma itu sendiri yang merasakan mereka perlu mengambil lebih banyak makanan bagi menggantikan darah yang telah didermakan.

“Oleh yang demikian, mereka makan lebih daripada biasa. Sebenarnya, mereka perlu makan dengan kuantiti yang biasa sahaja.

“Bagi yang enggan menderma darah gara-gara melihat saiz jarum yang besar, mereka tidak perlu risau kerana ubat bius akan diberikan di kawasan yang bakal dicucuk,” jelasnya sambil memberitahu seseorang itu tidak akan berasa sakit.

Katanya, tidak semua orang boleh menderma darah kerana ada beberapa kriteria tertentu perlu dipatuhi.

“Mereka yang mempunyai Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Sakit (AIDS), HIV, sifilis, tidak sihat atau berat kurang daripada 45 kilogram tidak boleh menunaikan tugas murni ini. Seseorang itu seelok-eloknya menderma darah tiga hingga empat bulan sekali,” katanya.

Ujarnya, darah terbahagi kepada tiga komponen iaitu plasma, platelet dan sel darah merah yang mempunyai jangka hayat masing-masing.

Tidak sakit

Dalam pada itu, Pakar Sakit Puan, Dr. Premitha Damodaran turut sama menderma darah setelah 10 tahun tidak melakukannya.

“Ia bagus untuk kesihatan. Tidak perlu takut kerana ia tidak sakit. Melahirkan bayi lebih sakit berbanding menderma darah,” terangnya meyakinkan.

Seorang kakitangan klinik pakar HPKL, Elvy Dening, 25, memberitahu, itu merupakan kali kedua dia menderma darah selepas kali pertama pada tahun 2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Saya melepasi semua syarat yang ditetapkan. Lagipun, dengan menderma, saya boleh membantu mereka yang memerlukan dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Walaupun tidak menderma darah, seorang lagi kakitangan HPKL, Liew Soon Thai, 50, tetap datang menjenguk rakan-rakannya yang menderma darah.

“Paras hemoglobin dalam darah saya rendah dan keadaan tersebut tidak mengizinkan saya menderma darah.

“Walaupun tidak boleh menderma darah, saya menggalakkan rakan-rakan saya untuk berbuat demikian dan sentiasa menguar-uarkan kebaikan menderma darah kepada orang lain kerana ia boleh menyelamatkan nyawa,” ujarnya.

[You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 9:55 am

teringin nk menderma tp xdpt..huhuhu
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 10:00 am

apsal ek....takut ker???
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 10:18 am

Mohamad Amran Bin Ibrahim wrote:
apsal ek....takut ker???

xla tp cbab2 tertentu..kihkih
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 11:04 am

yela tu....hihihi.......

lah caya ker...hihii
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 11:07 am

btol la...yg ketara cbab berat bdan xckup..huhu
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 12:26 pm

min 45kg jer....xkan xsampai kot.....
xpe la...nanti dh lebih g derma ek....
hihih
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 2:19 pm

haha..maslahnya xsmpai..dlm proses ni..hehehe Laughing
Back to top Go down
SITI NURZAFIRAH
Expert
Expert
SITI NURZAFIRAH


Posts : 128
Join date : 2012-02-22

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 4:19 pm

yg post nie da g derma..?
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 7:51 pm

SITI NURZAFIRAH wrote:
yg post nie da g derma..?

haha..btol 2 lupa lak nak tnya... Rolling Eyes
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 8:15 pm

hahaha....dh kot...hahah
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 8:37 pm

Mohamad Amran Bin Ibrahim wrote:
hahaha....dh kot...hahah

kenapa ada kot di situ??? Question
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 9:08 pm

tren la...smua pakai kot skarang...hahah
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 9:10 pm

tren la sgt kan...eh dkt murni kan ada program derma darah kew??
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 9:14 pm

owh yeke....bila ek....
saya duk bunga raya la...hakhak
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeTue Mar 20, 2012 12:23 pm

bunga raya la sgt...xingt la bila jgn2 dah lepas...
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeTue Mar 20, 2012 12:40 pm

adush....bru nk g td....hihi
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeTue Mar 20, 2012 6:27 pm

eh xsure bila la..tgk la poster kat mana2...
Back to top Go down
mohd sufri mohd zahudi
Newbie
Newbie



Posts : 4
Join date : 2012-02-27

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeTue Mar 27, 2012 2:21 pm

31march2011 - SABTU
prog. Derma Darah di Kolej Kediaman Murni
Back to top Go down
SITI NURZAFIRAH
Expert
Expert
SITI NURZAFIRAH


Posts : 128
Join date : 2012-02-22

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeTue Mar 27, 2012 8:00 pm

like !
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli


Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 32
Location : kedah

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeFri Mar 30, 2012 6:15 pm

tggu apa agy pegi la menderma...
Back to top Go down
Mohamad Asyraf Bin Zubir
Newbie
Newbie



Posts : 26
Join date : 2012-02-23

Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitimeSun May 06, 2012 7:56 am

kalau ade derma darah kt UTeM sila post dekat facebook ea.
please Smile
Back to top Go down
Sponsored content





Seruan untuk menderma darah Empty
PostSubject: Re: Seruan untuk menderma darah   Seruan untuk menderma darah Icon_minitime

Back to top Go down
 
Seruan untuk menderma darah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KUMPULAN 8
» MOTIVASI UNTUK MAHASISWA DAN MAHASISWI
» Cadangan Ubah Font Untuk Menu Bar
» PEMENANG AKTIVITI MINGGU KE-4 UNTUK KELAS BMFR
» PEMENANG AKTIVITI MINGGU KE-4 UNTUK KELAS BMFB DAN BMFP

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CCT Online Assisted Learning Forum :: GENERAL FORUM :: ANNOUNCEMENTS-
Jump to: