CCT Online Assisted Learning Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CCT Online Assisted Learning Forum

This is an off site forum for the students of DLHC 3022/BLHC4032 Critical and Creative Thinking, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
All lecturers and students who are involved in DLHC 3022 and BLHC 4032 need to register using their actual names for administrative matters
To all students, who did not register with their full names (e.i: 1. Mohd Hisham Ramlee - accepted, 2. Mohd Hisham Bin Ramlee - accepted, 3. Hisham - not accepted), you will have to register again.

 

 5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Syafiq mohd Yunos
Newbie
Newbie
Syafiq mohd Yunos


Posts : 14
Join date : 2012-02-27
Location : MELAKA

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Empty
PostSubject: 5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat   5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Icon_minitimeSat Apr 14, 2012 5:12 pm

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”




“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.




Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.




Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”




“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.
Back to top Go down
http://syafiqmohdyunos.blogspot.com
NOR NADIAH BTE BONTAK
Newbie
Newbie
NOR NADIAH BTE BONTAK


Posts : 17
Join date : 2012-02-22
Age : 36

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Empty
PostSubject: Re: 5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat   5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Icon_minitimeFri May 11, 2012 3:22 am

Very Happy
Back to top Go down
SITI NURZAFIRAH
Expert
Expert
SITI NURZAFIRAH


Posts : 128
Join date : 2012-02-22

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Empty
PostSubject: Re: 5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat   5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Icon_minitimeFri May 11, 2012 7:44 am

ape nad?
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 36
Location : Kota Bharu, Kelantan

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Empty
PostSubject: Re: 5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat   5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Icon_minitimeThu May 17, 2012 5:44 am

INsafffff la sebelum terlambat...


-jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya
-Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya
-Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya
Back to top Go down
Sponsored content





5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Empty
PostSubject: Re: 5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat   5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat Icon_minitime

Back to top Go down
 
5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
»  9 CARA MEMBUAT OTAK ANDA BERFIKIR LEBIH CEPAT

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CCT Online Assisted Learning Forum :: GENERAL FORUM :: SPIRITUAL BUILDING-
Jump to: