CCT Online Assisted Learning Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CCT Online Assisted Learning Forum

This is an off site forum for the students of DLHC 3022/BLHC4032 Critical and Creative Thinking, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
All lecturers and students who are involved in DLHC 3022 and BLHC 4032 need to register using their actual names for administrative matters
To all students, who did not register with their full names (e.i: 1. Mohd Hisham Ramlee - accepted, 2. Mohd Hisham Bin Ramlee - accepted, 3. Hisham - not accepted), you will have to register again.

 

 Liga Tempatan

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeFri Mar 09, 2012 2:51 pm

PERLAWANAN PIALA FA 2012
Jumaat 9 Mac 2012
T-Team FC vs Pahang FA | Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8.45 mlm | LIVE DI ASTRO ARENA
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeWed Mar 14, 2012 1:32 pm

Kelayakan Olimpik 2012: Syria vs Malaysia, pkl 7 male ni, ado live di Astro 813, harap2 info ni tok lipak...sekian wassalam..
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 8:41 am

Kelantan unggul di persada liga
Oleh Wan Fakhrul Bakar, Rizar Mohd Noor, Mohd Amin Jalil, Azizan Hashim, Faizul Azlan Razak dan Hifzuddin Ikhsan
[You must be registered and logged in to see this link.]
2012/03/18


Masih 3 mata di depan Terengganu, Lions XII

KELANTAN kekal selaku pendahulu Liga Super selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Perak, Ipoh manakala Terengganu kembali ke tangga kedua, mengekori rapat hasil kemenangan 6-3 di gelanggang sendiri ke atas Sabah, malam tadi.

The Red Warriors kendalian Bojan Hodak yang hanya dibezakan tiga mata dengan Terengganu dan Lions XII, meledak dua gol pada babak pertama menerusi Daudsu Jamaluddin (m-12) dan Zairul Fitree Ishak (m-29) untuk memastikan kelebihan tiga mata di persada liga dikekalkan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu memintas Lions XII dengan kelebihan jaringan selepas bersaing sengit dengan Sabah yang bangkit daripada ketinggalan empat gol pada babak pertama untuk merapatkan jurang kepada 4-3.

Ashari Shamsudin membuka jaringan Penyu pada minit keempat, disusuli dua gol Francis Forkey (m-11 dan 13) tetapi Sabah tidak patah semangat dan mendapat gol pertama menerusi Zainizam Marjan (m-33).

Abdul Manaf Mamat menanduk masuk gol keempat Terengganu (m-42) tetapi pelawat pantas merapatkan jurang sebelum rehat menerusi Brendan Gan. Pada babak kedua, Terengganu menambah dua lagi gol manakala sekadar mampu meledak satu.

Di Stadium Negeri, Kuching, harapan skuad Ngap Sayot mengutip mata selepas beraksi cemerlang mengekang asakan Lions XII, tidak kesampaian apabila penalti minit ke-72 mudah disempurnakan kapten pelawat, Shahril Ishak.
Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-0 tetapi anak buah Irfan Bakti Abu Salim terpaksa menunggu hingga minit ke-56 sebelum Bosko Balaban memecah kebuntuan dan P Gunalan (m-60) serta Amirulhadi Zainal melengkapkan kemenangan.

Di Stadium Pasir Gudang, T-Team turut mengorak langkah kanan apabila menang tipis 2-1 ke atas Johor FC sekalipun tuan rumah hanya memerlukan 33 saat untuk membuka tirai jaringan menerusi Arthuro Henrique.

Pelawat menyamakan kedudukan menerusi gol Mohd Faiz Subri (m-17) sebelum Khairul Izwan Khalid dan Azrul Hazran Amiluddin memastikan tiga mata dibawa pulang.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan terus memanjat tangga liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Kedah, hasil jaringan Effa Owona dan S Kunanlan pada minit ke-24 dan 42 manakala Baddrol Bakhtiar (m-60) memberikan gol sagu hati Kenari.
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 9:09 am

Rekod cemerlang Perak di gelanggang sendiri sejak dua musim lalu akhirnya lebur setelah tewas 0-2 kepada pendahulu liga, Kelantan dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. [You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 9:10 am

skuad kelate dalam perjalanan ke yangon utk meneruskan aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan piala afc pada 21/3/12 (rabu)
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeMon Mar 19, 2012 4:55 am

Penyu makan besar
Oleh Faizul Azlan Razak
[You must be registered and logged in to see this link.]
2012/03/19

Fokey Doe hatrik lonjak skuad Mat Zan

SKUAD Penyu diibaratkan singa lapar apabila menjadikan Sang Badak mangsa amukan mereka hingga berjaya membenam pasukan itu 6-3 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini kelmarin.

Penyerang berbisa Terengganu, Francis Forkey Doe muncul wira pasukan apabila meledak hatrik pada minit ke-11, 13 dan 77, manakala Ashari Shamsuddin (m-4), Abdul Manaf Mamat (m-42) dan pemain gantian, Joseph Kalang Tie menambah duka pelawat pada minit ke-79.

Keputusan itu begitu menggembirakan jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang memuji anak buahnya. "Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pemain kerana meneruskan rentak cemerlang, saya optimis aksi yang dicari-cari pemain selama ini sudah ditemui."

Katanya, walaupun pasukan berpesta gol namun masih banyak lagi kelemahan dilakukan anak buahnya dan akan sedaya upaya mengatasinya sebelum perlawanan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kumpulan F menentang kelab Hong Kong, Kitchee FC, Selasa ini.

Mat Zan berkata, aksi cemerlang yang dipamerkan anak buahnya terutama ledakan Forkey Doe yang melakukan hatrik pada perlawanan itu sekali lagi ditagih dalam saingan Piala AFC.

"Antara kelemahan pemain ialah mengambil sikap sambil lewa ketika pasukan mendahului lawan dan ini yang perlu diperbaiki segera bagi mengelak perkara sama berulang," tegas Mat Zan.
Ditanya kehadiran pasukan Kitchee FC menyaksikan perlawanan pasukannya pada malam itu, Mat Zan berkata itu hanya perkara biasa dan apa yang penting sekiranya pemain dapat mengekalkan prestasi cemerlang mereka tidak mustahil Penyu akan memenangi perlawanan itu nanti.

[You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeMon Mar 19, 2012 5:19 am

Kelantan tetap sukar digugat
Oleh KHAIRI MOHAMAD
[You must be registered and logged in to see this link.]

PENYOKONG Kelantan tidak begitu yakin pasukan kesayangan mereka itu akan meraih kemenangan ketika berdepan Perak dalam saingan Liga Super di Ipoh malam kelmarin.

Kebimbangan mereka hadir selepas Kelantan kehilangan tiga tonggak utama iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat dan S. Subramaniam pada perlawanan tersebut.

Ditambah rekod buruk selepas dibelasah Perak 4-0 musim lalu, ia sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan para peminat The Red Warriors sama ada gergasi Pantai Timur itu mampu mengekalkan kedudukan di persada liga.

Begitupun, penyandang juara Liga Super itu berada pada kelas tersendiri apabila membenam Perak 2-0 di hadapan penyokong sendiri hasil jaringan dua pemain pertahanan mereka, Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree Ishak.

Gol pembukaan menerusi Daudsu pada minit ke-11 dan Zairul Fitree selang 16 minit kemudian yang kedua-duanya menerusi sepakan percuma sudah cukup untuk meletakkan Kelantan selesa menerajui takhta Liga Super.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kemenangan tersebut adalah rezeki kepada pasukannya kerana kedua-dua gol tersebut dijaringkan berikutan kealpaan penjaga gol pasukan lawan.

Menurutnya, dua jaringan menerusi situasi ‘bola mati’ dan melalui dua pemain pertahanan adalah suatu yang cukup istimewa selain misi membalas hutang lama selepas dimalukan pasukan Perak musim lalu.

“Kemenangan semalam (kelmarin) terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila kita kehilangan Ramzul (Zahini Adenan) yang mengalami kecederaan serius dan kita mungkin terpaksa melupakan khidmatnya untuk satu tempoh yang lama.

“Kita tidak dapat menurunkan pasukan terkuat dalam perlawanan malam semalam (kelmarin) berikutan faktor kecederaan tetapi kita memberi kepercayaan penuh kepada pemain yang disenaraikan dan mereka telah membuktikannya,” katanya.

Tambahnya, selain tonggak utama yang tercedera, Indra Putra Mahayuddin juga tidak beraksi pada tahap sebenar berikutan kecederaan lutut yang dialami selain tidak cergas sepenuhnya.

“Indra beraksi dengan lutut yang berbalut tetapi dia rasa dia boleh main sebab itu kita buat keputusan untuk senaraikan beliau. Jika masih cedera kita tidak akan mengambil risiko,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azman turut memuji benteng pertahanannya yang begitu ampuh bertahan mematahkan serangan pasukan Perak untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki sehingga ke tiupan wisel penamat.

“Kita kehilangan Subramaniam tetapi Obinna (Nwaneri) mengambil alih tugas tersebut dengan baik dan beliau cukup bagus mengetuai barisan pertahanan mengekang asakan pasukan lawan.

“Bagaimanapun, saya mengakui bahawa aksi pada babak kedua agak hambar kerana kita terikut-ikut dengan rentak permainan pasukan lawan. Kita terpaksa settle down selepas Perak mengasak dan akhirnya kita berjaya mempertahankan kelebihan dua gol tersebut,” jelasnya.

[You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeTue Mar 20, 2012 12:42 pm

Perlawanan Hari ini 20/3/2012 |PIALA AFC DAN LIGA SUPER

Piala AFC | Terengganu (Malaysia) VS Kitchee FC(Hong Kong)
4.45 petang | Stadium Ismail Nasiruddin Shah|
TERTUNDA DI RTM 1 jam 9 malam

Liga Super
LionsXII vs Selangor | Stadium Jalan Besar
7.45malam | LIVE di ASTRO ARENA

Perlawanan Esok 21/3/2012 | Piala AFC
Ayeyawady FC (Myammar) VS Kelantan FA(Malaysia) |YTC Stadium,Yangon
5.00 Petang | TERTUNDA Di RTM 1 Jam 12.30 Pagi.
Back to top Go down
SITI NURZAFIRAH
Expert
Expert
SITI NURZAFIRAH


Posts : 128
Join date : 2012-02-22

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeTue Mar 20, 2012 1:30 pm

rjin nye update...leh jdi paper brgerak nih..haha
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitimeWed Mar 21, 2012 7:05 am

weh...jum layan kelantan plop....hihihih

[You must be registered and logged in to see this link.]

Back to top Go down
Sponsored content





Liga Tempatan Empty
PostSubject: Re: Liga Tempatan   Liga Tempatan Icon_minitime

Back to top Go down
 
Liga Tempatan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Liga Perdana Inggeris
» Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CCT Online Assisted Learning Forum :: GENERAL FORUM :: SPORTS CORNER-
Jump to: