CCT Online Assisted Learning Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CCT Online Assisted Learning Forum

This is an off site forum for the students of DLHC 3022/BLHC4032 Critical and Creative Thinking, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
All lecturers and students who are involved in DLHC 3022 and BLHC 4032 need to register using their actual names for administrative matters
To all students, who did not register with their full names (e.i: 1. Mohd Hisham Ramlee - accepted, 2. Mohd Hisham Bin Ramlee - accepted, 3. Hisham - not accepted), you will have to register again.

 

 Alam Robot

Go down 
AuthorMessage
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Alam Robot Empty
PostSubject: Alam Robot   Alam Robot Icon_minitimeSun Mar 18, 2012 8:56 am

Oleh Huzaimi A Ghafar

2012/02/17


AKSI unik yang dipersembahkan robot ciptaan penyelidik tempatan dan luar negara sempena Festival Robotik 2011 di Pusat Sains Negara baru-baru ini menarik perhatian setiap pengunjung, terutama kanak-kanak.

Selain inovasi terkini dalam bidang itu, pengunjung disajikan aktiviti bertemakan robotik seperti pertandingan robot, tayangan drama Kaki Robor dan penghasilan robot daripada tanah liat.

Siri bengkel dan penerangan asas sains robotik juga diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar.

Antara ciptaan yang menarik perhatian pengunjung adalah Robot Si Tenang, Ceremony Robot dan Dynamic Anthoropomorphic Robot with Intelligent-Open Platform (DARwin-Op).

Lebih menarik, 15 kumpulan pelajar sekolah menengah beradu melakukan pengaturcaraan ke atas robot DARwin-Op untuk ia berlari sambil menendang bola, mendaki dua jenis tangga dan melakukan aksi unik di atas pentas.

Robot Si Tenang

BERKONSEPKAN biomimetik iaitu meniru cara pergerakan haiwan khusus, Robot Si Tenang hasil ciptaan penyelidik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) direka bentuk berasaskan dugong.
Ia dilengkapi sistem pengaturcaraan "PIC Microcontroller" yang bertindak menerima isyarat daripada alat kawalan jauh bagi mengawal pergerakan robot.

Pengaturcaraan dilakukan dengan memasukkan kod program iaitu arahan kawalan ke dalam peranti memori "PIC Microcontroller".

Ciptaan robotik bersaiz 84 sentimeter itu dipadankan dengan tiga bahagian utama iaitu kepala, sirip dan ekor yang dihasilkan daripada gentian kaca.

Robot Si Tenang ini menggunakan tenaga bateri berkuasa 12 volt pada alat kawalan jauh dan litar "PIC Microcontroller".

Pembangunan model robot ini bagi membantu kajian membabitkan pemeriksaan, pengumpulan data dan penerokaan hidupan di dalam air.

Dynamic Anthoropomorphic Robot with Intelligent-Open Platform (DARwin-Op)

Pergerakan unik dengan kawalan automatik, Robot Dynamic Anthoropomorphic Robot with Intelligent-Open Platform (DARwin-Op) mudah diprogramkan dan sesuai untuk pembelajaran interaktif.

Ia dilengkapi prosesor Intel Atom 1.6 GHz yang cukup berkuasa mengendalikan robot pintar bersaiz kecil dengan ketinggian hanya 455 milimeter.

DARwin-Op dilengkapi perisian simulasi grafik bagi memudahkan pengaturcaraan dengan hanya berpandukan rajah di komputer tanpa menggunakan kod program seperti "PIC Microcontroller".

Robot humanoid ciptaan penyelidik Korea ini dibina bersama sistem audio, kamera beresolusi tinggi dan mikrofon yang mampu bertindak seperti deria manusia.

Ia menggunakan kuasa empat bateri AA dan 20 modul penggerak pada bahagian kaki, sendi dan leher.

DARwin-Op turut diperkenalkan bersama tiga jenis lengan dengan struktur dan saiz berbeza bagi memegang objek dengan lebih cekap.
Back to top Go down
 
Alam Robot
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CCT Online Assisted Learning Forum :: GENERAL FORUM :: CREATIVE IDEAS-
Jump to: