CCT Online Assisted Learning Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CCT Online Assisted Learning Forum

This is an off site forum for the students of DLHC 3022/BLHC4032 Critical and Creative Thinking, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
All lecturers and students who are involved in DLHC 3022 and BLHC 4032 need to register using their actual names for administrative matters
To all students, who did not register with their full names (e.i: 1. Mohd Hisham Ramlee - accepted, 2. Mohd Hisham Bin Ramlee - accepted, 3. Hisham - not accepted), you will have to register again.

 

 Liga Perdana Inggeris

Go down 
AuthorMessage
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim


Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 35
Location : Kota Bharu, Kelantan

Liga Perdana Inggeris Empty
PostSubject: Liga Perdana Inggeris   Liga Perdana Inggeris Icon_minitimeMon Mar 19, 2012 4:42 am

United bergaya kukuh cengkaman EPL

LONDON: Juara bertahan, Manchester United membelasah Wolves yang beraksi 10 orang, 5-0 malam tadi untuk melebarkan jurang kepada empat mata di persada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol jaringan Jonny Evans, Antonio Valencia, Danny Welbeck dan dua oleh Javier Hernandez pada separuh masa kedua menjerumuskan Wolves yang berada di zon penyingkiran ke tangga terbawah liga.


Kekalahan besar kelab Molineux itu diburukkan lagi dengan layangan kad merah terhadap pertahanannya, Ronald Zubar pada minit ke-39 ekoran dua kesalahan kad kuning.

Kemenangan itu meletakkan United empat mata mengatasi pencabar kejuaraan, Manchester City menjelang pertemuan jiran mereka itu dengan Chelsea di laman sendiri Rabu ini.

Sementara itu, Fernando Torres menjaringkan gol pertamanya sejak Oktober lalu dan menambah satu lagi gol pada lewat permainan untuk membantu Chelsea meraih kemenangan 5-2 ke atas pasukan Liga Kejuaraan, Leicester City pada saingan suku akhir Piala FA malam tadi.

Penyerang Sepanyol yang dibeli dengan harga 50 juta pound (RM242 juta) itu menolak masuk bola ke dalam gawang Leicester pada minit ke-67 untuk menjadikan suasana riuh di Stamford Bridge dan dia sekali lagi menemui sasaran gol menerusi tandukan, lima minit sebelum permainan tamat.
Terdahulu, gol awal oleh pertahanan Gary Cahill dan penyerang Salomon Kalou meletakkan Chelsea dalam keadaan selesa dan Raul Meireles menjaringkan gol kelima pasukan itu pada masa kecederaan selepas Leicester menjaringkan gol sagu hati lewat menerusi Jermaine Beckford serta satu rembatan menarik oleh Ben Marshall.

Keputusan itu juga menyaksikan Chelsea berjaya meneruskan kemenangan di bawah pengurus sementara, Roberto Di Matteo. - Agensi

[You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
 
Liga Perdana Inggeris
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Liga Tempatan
» Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CCT Online Assisted Learning Forum :: GENERAL FORUM :: SPORTS CORNER-
Jump to: