CCT Online Assisted Learning Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CCT Online Assisted Learning Forum

This is an off site forum for the students of DLHC 3022/BLHC4032 Critical and Creative Thinking, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
HomeRegisterLog in
All lecturers and students who are involved in DLHC 3022 and BLHC 4032 need to register using their actual names for administrative matters
To all students, who did not register with their full names (e.i: 1. Mohd Hisham Ramlee - accepted, 2. Mohd Hisham Bin Ramlee - accepted, 3. Hisham - not accepted), you will have to register again.

 

  PIALA FA

Go down 
AuthorMessage
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim

Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 32
Location : Kota Bharu, Kelantan

          PIALA FA Empty
PostSubject: PIALA FA             PIALA FA Icon_minitimeMon Mar 19, 2012 4:45 am

Dua gol Torres pastikan kemaraan Chelsea

2012/03/19

LONDON: Penyerang termahal Liga Perdana Inggeris, Fernando Torres meledak dua gol sekali gus mengakhiri badi kemarau jaringan hampir lima bulan bagi membantu kemenangan Chelsea 5-2 ke atas Leicester dalam saingan suku akhir Piala FA, awal pagi tadi.

Chelsea menguasai permainan di Stamford Bridge dengan menyumbat dua gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Gary Cahill dan Salomon Kalou.

Tiba giliran Torres mengakhiri kemarau gol selepas 26 perlawanan dengan menewaskan penjaga gol Leicester, Kaspar Schmeichel.

Leicester cuba bangkit apabila Jermaine Beckford menyumbat gol pada minit ke-77 namun Torres sekali lagi meledak menerusi tandukannya.

Torres kemudian membantu Raul Meireles untuk gol kelima Chelsea dan kemenangan itu menyaksikan Chelsea kelab pertama layak ke separuh akhir di Wembley.

“Saya amat memerlukan gol berkenaan. Saya bekerja keras untuknya," kata Torres kepada stesen ESPN.

“Mungkin kerja penyerang ialah membuat jaringan dan jika anda tidak melakukannya, orang akan berfikir anda bermain dengan teruk sekali," katanya. - AFP

[You must be registered and logged in to see this link.]

_________________
Hidup Hanya Sekali,
Buat yang Termampu,
Jangan Takut Untuk Gagal.
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim

Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 32
Location : Kota Bharu, Kelantan

          PIALA FA Empty
PostSubject: Re: PIALA FA             PIALA FA Icon_minitimeMon Mar 19, 2012 5:02 am

Pemain Bolton tenat di hospital

2012/03/19

LONDON: Pemain tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba tenat di hospital selepas rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur kelmarin.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan ketika kedudukan 1-1 sebelum separuh masa tamat selepas pemain berusia 23 tahun itu tiba-tiba rebah berdekatan bulatan tengah padang.

“Bolton Wanderers mengesahkan Fabrice Muamba dimasukkan ke Pusat Serangan Jantung di Hospital Jantung London di mana dia berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi,” kata kenyataan bersama hospital dan Bolton.

“Tiada maklumat lanjut akan dikeluarkan buat masa ini. Kelab dan hospital merayu kepada media dan orang ramai supaya menghormati hak peribadi keluarganya buat masa ini.”

Tidak terdapat pemain lain yang terbabit dalam insiden itu dan selepas beberapa minit permainan terhenti pengadil Howard Webb memutuskan perlawanan itu ditangguhkan. Pegawai perubatan datang dengan cepat sebelum memberi Muamba CPR.

Beberapa pemain yang mengelilingi Muamba menangis sambil memegang kepala mereka. Ketika dia diusung keluar kedengaran tepukan daripada penyokong di White Hart Lane sebelum mereka terdiam.

Muamba, yang lahir di Republik Congo menjadi pemain antarabangsa Bawah 21 England yang pertama dibawa ke hospital. “Bagi pihak FA, saya ingin menyampaikan kesedihan dan doa kami kepada Fabrice Muamba serta keluarganya petang ini,” kata Pengerusi FA, David Bernstein dalam satu kenyataan. - Reuters

[You must be registered and logged in to see this link.]

_________________
Hidup Hanya Sekali,
Buat yang Termampu,
Jangan Takut Untuk Gagal.
Back to top Go down
Mohamad Amran Bin Ibrahim
Expert
Expert
Mohamad Amran Bin Ibrahim

Posts : 123
Join date : 2012-02-23
Age : 32
Location : Kota Bharu, Kelantan

          PIALA FA Empty
PostSubject: Re: PIALA FA             PIALA FA Icon_minitimeMon Mar 19, 2012 5:03 am

Pemain Bolton tenat di hospital

2012/03/19

LONDON: Pemain tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba tenat di hospital selepas rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur kelmarin.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan ketika kedudukan 1-1 sebelum separuh masa tamat selepas pemain berusia 23 tahun itu tiba-tiba rebah berdekatan bulatan tengah padang.

“Bolton Wanderers mengesahkan Fabrice Muamba dimasukkan ke Pusat Serangan Jantung di Hospital Jantung London di mana dia berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi,” kata kenyataan bersama hospital dan Bolton.

“Tiada maklumat lanjut akan dikeluarkan buat masa ini. Kelab dan hospital merayu kepada media dan orang ramai supaya menghormati hak peribadi keluarganya buat masa ini.”

Tidak terdapat pemain lain yang terbabit dalam insiden itu dan selepas beberapa minit permainan terhenti pengadil Howard Webb memutuskan perlawanan itu ditangguhkan. Pegawai perubatan datang dengan cepat sebelum memberi Muamba CPR.

Beberapa pemain yang mengelilingi Muamba menangis sambil memegang kepala mereka. Ketika dia diusung keluar kedengaran tepukan daripada penyokong di White Hart Lane sebelum mereka terdiam.

Muamba, yang lahir di Republik Congo menjadi pemain antarabangsa Bawah 21 England yang pertama dibawa ke hospital. “Bagi pihak FA, saya ingin menyampaikan kesedihan dan doa kami kepada Fabrice Muamba serta keluarganya petang ini,” kata Pengerusi FA, David Bernstein dalam satu kenyataan. - Reuters

[You must be registered and logged in to see this link.]

_________________
Hidup Hanya Sekali,
Buat yang Termampu,
Jangan Takut Untuk Gagal.
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli

Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 28
Location : kedah

          PIALA FA Empty
PostSubject: Re: PIALA FA             PIALA FA Icon_minitimeFri Mar 23, 2012 12:22 pm

Suku akhir pertama Piala FA 2012

Kedah vs T-team
Stadium Darul Aman
24\03\2012 ( sabtu)
08.45 malam
LIVE DI RTM 1

LIGA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SMK Tunku Anum (SSN Kedah) lwn SMK Putera (SSN Kelantan)
Stadium Mini SMK Tunku Anum T.A.R, Jitra,
24\03\2012 (Sabtu)
03.30 ptg..

PULUN KEDAH PULUN!!!
Back to top Go down
Muhd Nasirudin B. Tajudin
Newbie
Newbie


Posts : 7
Join date : 2012-02-27

          PIALA FA Empty
PostSubject: Re: PIALA FA             PIALA FA Icon_minitimeTue Apr 10, 2012 5:44 am

nurul hidayah zulkifli wrote:
Suku akhir pertama Piala FA 2012

Kedah vs T-team
Stadium Darul Aman
24\03\2012 ( sabtu)
08.45 malam
LIVE DI RTM 1

LIGA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SMK Tunku Anum (SSN Kedah) lwn SMK Putera (SSN Kelantan)
Stadium Mini SMK Tunku Anum T.A.R, Jitra,
24\03\2012 (Sabtu)
03.30 ptg..

PULUN KEDAH PULUN!!!

keeedddaaahhhh
Back to top Go down
nurul hidayah zulkifli
Novice
Novice
nurul hidayah zulkifli

Posts : 84
Join date : 2012-02-22
Age : 28
Location : kedah

          PIALA FA Empty
PostSubject: Re: PIALA FA             PIALA FA Icon_minitimeFri Apr 20, 2012 5:54 pm

haha dah lama game ni wei...
Back to top Go down
Sponsored content




          PIALA FA Empty
PostSubject: Re: PIALA FA             PIALA FA Icon_minitime

Back to top Go down
 
PIALA FA
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CCT Online Assisted Learning Forum :: GENERAL FORUM :: SPORTS CORNER-
Jump to: